Komen dan nota tambahan daripada J.K Rowling Harry_Potter_and_the_Deathly_Hallows

Di dalam beberapa temuramah selepas penjualan buku ketujuh ini, terdapat beberapa informasi tambahan mengenai beberapa watak tambahan yang beliau tidak masukkan ke dalam bahagian epilog buku tersebut. Beliau menyatakan bahawa:

  • Harry menjadi seorang Auror untuk Kementerian Sihir pada usia 17 tahun, dan kemudian dilantik sebagai ketua bahagian tersebut pada tahun 2007. Beliau menyimpan motosikal ayah angkatnya, Sirius Black yang telah dibaiki oleh Arthur Weasley. Namun kini beliau tidak lagi boleh berbahasa Parseltongue selepas kematian Voldemort kerana kini sebahagian jiwa Voldemort yang berada di dalamnya telah musnah. Anak ketiganya dengan Ginny, Lily Luna telah diberi nama sempena kawan baik mereka iaitu Luna Lovegood.
  • Ginny Weasley bermain Quidditch untuk pasukan Holyhead Harpies Quidditch untuk sementara sebelum membuat keputusan meninggalkannya untuk berkahwin dengan Harry dan menjadi wartawan yang melaporkan tentang Quidditch untuk akhbar Daily Prophet.
  • Ron Weasley bekerja dengan George Weasley di Kedai Barangan Sihir Weasley sebelum menyertai Harry sebagai seorang Auror.
  • Hermione Granger pula mencari ibu bapanya di Australia dan telah mengalihkan Sihir Pengubah Memori yang telah dikenakan olehnya kepada ibu bapanya. Pada mulanya, beliau bekerja di Kementerian Sihir dalam Jabatan bagi Kawalan dan Pengawalan Makhluk Ajaib, yang berjaya meningkatkan taraf hidup elf dan makhluk-makhluk setaranya. Beliau kemudian berpindah ke bahagian Jabatan Penguatkuasaan Undang-Undang Sihir dan membantu dalam membanteras undang-undang yang pro-ahli sihir berdarah tulen.
  • Hubungan antara Albus Dumbledore dan Gellert Grindelwald telah melebihi hubungan sekadar kawan. Hal ini kerana J. K. Rowling telah mendedahkan bahawa Dumbledore merupakan seorang homoseksual dan pernah mempunyai perasaan sayang terhadap Grindelwald.

Rowling juga menyatakan nasib beberapa watak-watak sampingan:

  • George Weasley meneruskan kedai barangan sihirnya yang berjaya dan telah berkahwin dengan Angelina Johnson dan mendapat dua orang anak iaitu Fred dan Roxanne. Nama Fred telah diberi sempena memperingati kembarnya yang telah meninggal dunia.
  • Luna Lovegood pula terus mencari kehidupan dunia makhluk yang aneh dan unik. Beliau akhirnya telah berkahwin dengan Rolf, seorang cucu ahli alamiah yang ternama, Newt Scamander dan telah mendapat kembar yang diberi nama Lorcan dan Lysander. Syarikat penerbitan ayahnya, The Quibler masih tetap diteruskan dengan "kegilaan yang bertambah" dan telah dihargai sebagai bahan lawak secara tidak langsung. Beliau dikatakan telah menjumpai beberapa spesies haiwan yang baru, walau bagaimanapun, Rowling telah menerangkan bahawa akhirnya Luna terpaksa menerima kenyataan bahawa tiada binatang jenis Snorkack Bertanduk Remuk pernah wujud.
  • Draco Malfoy telah berkahwin dengan Astoria Greengrass yang merupakan adik kepada Daphne Greengrass (kawan sebaya Draco di rumah Slytherin) dan telah mendapat seorang anak lelaki bernama Scorpius Hyperion. Rambut Draco pula semakin menipis yang menambahkan lagi kebujuran bentuk mukanya.
  • Firenze kini telah diterima oleh golongannya, yang akhirnya berterima kasih ke atas nilai murninya yang pro-manusia.
  • Dolores Umbridge pula ditahan, dibuang kerja, disoal-siasat, dan telah dipenjarakan ke atas jenayah terhadap mereka yang berdarah keluarga Muggle.
  • Cho Chang akhirnya telah berkahwin dengan seorang Muggle.
  • Neville Longbottom pula berkahwin dengan Hannah Abbott dan tinggal di sebuah rumah flat di atas kawasan Leaky Cauldron setelah Hannah menjadi seorang tuan tanah.
  • Percy Weasley telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Audrey dan mempunyai dua orang anak perempuan yang bernama Molly dan Lucy.
  • Selain Victoire Weasley, Bill dan Fleur Weasley mempunyai dua orang anak lelaki yang bernama Dominique dan Louis.

Perubahan besar dalam dunia sihir termasuklah:

  • Kingsley Shacklebolt menjadi Menteri Sihir yang tetap, dengan Percy Weasley bekerja di bawahnya sebagai pegawai tinggi. Antara rombakan yang telah diperkenalkan oleh Shacklebolt ialah Penjara Azkaban kini tidak lagi menggunakan Dementor sebagai penjaganya. Harry, Ron dan Hermione pula menjadi antara sebab Kementerian Sihir telah dirombak.
  • Di Hogwarts, Rumah Slytherin tidak lagi menjadi rumah untuk para pelajar yang berdarah tulen. Namun, reputasi hitamnya masih kekal.
  • Sumpahan Voldemort terhadap jawatan sebagai seorang guru untuk subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam telah terhapus dengan kematiannya dan kini telah ada guru yang akan kekal mengajar. Harry juga mengajar subjek ini beberapa kali dalam setahun sebagai guru jemputan.
  • Potret Snape, yang sementara waktu menjadi Pengetua Hogwarts tidak lagi berada di dalam pejabatnya kerana beliau telah meninggalkan posisi tersebut. Harry bercadang untuk melobi Hogwarts agar sekolah itu menambah potret Snape yang baru, yang akhirnya kesetiaan dan kepercayaan Snape telah dapat diketahui umum.